Jangkitan Covid-19 melalui sentuhan tangan.

ezzy care malaysia clean hands are guardians of health

Jangkitan Covid-19 melalui sentuhan tangan.

Jangkitan Covid-19 melalui sentuhan tangan. 1280 1280 ezzy

Menurut info dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jangkitan Covid-19 banyak merebak melalui sentuhan tangan dan udara. Tetapi kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah dari sentuhan tangan. Justeru itu kita digalakkan untuk sentiasa membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer.

Hand sanitizer mula diperkenalkan pada tahun 1966 tetapi hanya untuk kegunaan perubatan sahaja seperti di hospital atau tempat-tempat perubatan yang lain. Hand sanitizer mula terkenal pada tahun 1990. Hand sanitizer yang mengandungi alkohol lebih sesuai digunakan dan lebih efektif untuk membunuh mikro organisma dan lebih elok dari sabun dan air. Kerana pembasuhan tangan menggunakan air masih lagi tercemar.

ezzy care malaysia covid 19

Hand sanitizer yang bagus mengandungi lebih dari 60% alkohol ataupun mengandungi bahan antiseptic. Walaupun hand sanitizer yang mengandungi alkohol mudah terbakar tetapi dapat membunuh banyak jenis virus seperti virus flu, virus demam, virus korona dan HIV. Kebanyakan bahan alkohol dari hand sanitizer dapat membunuh bakteria sepantas 30 saat. Tidak kira diatas permukaan apa sahaja atau dikulit manusia.

Hand sanitizer yang bagus mampu menyerap sepantas 10-15 saat. Untuk kegunaan hand sanitizer yang optimum adalah mengandungi 70% sehingga 95% alkohol.

Hand sanitizer terdapat dalam 2 bentuk iaitu gel dan cecair yang mampu membunuh dan mengurangkan agen jangkitan. Kegunaan umum untuk hand sanitizer yang tidak mengandungi alcohol tidak digalakkan dan tidak pernah disyorkan dari mana-mana badan atau individu.

Hand sanitizer yang dikeluarkan dari Ezzy Care bukan sekadar mengandungi kandungan alkohol sehingga 75% malah Ezzy Care juga meletakkan bahan pelembap supaya memastikan kulit anda tidak kering. Malah bahan pelembap tersebut mampu memperbaiki masalah kuku kerana tanpa kita ketahui kuku adalah kawasan paling banyak bakteria terkumpul daripada anggota badan yang lain.

ezzy care malaysia

Hand sanitizer dari Ezzy Care juga diletakkan didalam botol yang mesra kanak-kanak, kerana umum kita ketahui bahan yang ada didalam hand sanitizer adalah bahaya jika terkena pada anggota badan yang sensitive seperti mata dan hidung.

Kebersihan diri merupakan perkara yang amat penting bagi kita semua. Tidak mengira kaum atau agama, kebersihan diri merupakan tanggungjawab peribadi setiap manusia. Banyak penyakit berjangkit yang serius ketika ini berjangkit melalui sentuhan. Sebab itu kita hendaklah sentiasa membersihkan diri.

Bagi kami di Ezzy Care, kebersihan diri merupakan perkara paling penting yang sering kali kami utamakan. Tidak kira dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Ditulis oleh Aisyah, seorang penulis muda yang meminati alam semulajadi.

ezzy care malaysia how to use

1 Comment

Leave a Reply